Selain mempunyai jururawat masyarakat yang cekap dan peramah, mereka juga turut memberikan rawatan yang cepat dan jika terdapat sebarang kes yang memerlukan rawatan lanjut, pesakit akan dirujuk ke Hospital Pontian yang terletak kira-kira 30 minit pemanduan dari kampung. Namun, ada juga yang memilih untuk mendapatkan rawatan secara tradisional seperti urutan patah dan sebagainya. Bayaran yang dikenakan adalah mengikut seikhlas hati pelanggan kerana tukang urut tidak mengenakan sebarang bayaran yang tertentu di atas perkhidmatan yang dilakukannya. |
Thursday, 12 June 2014
Kesihatan Sentiasa Terjaga
AKTIVITI ANAK MUDA
B
elia
di Kampung Puteri Menangis biasanya terlibat dalam aktiviti di dalam
kampung seperti gotong royong ketika majlis perkahwinan, bermain kompang
dan beriadah pada waktu petang. Jika ada kelapangan, mereka juga akan
bermain bola sepak di padang bola atau bermain futsal di gelanggang
futsal yang terletak berhampiran dengan surau kampung. Secara tidak
langsung, penglibatan belia di dalam aktiviti sukan ini boleh
mengelakkan mereka daripada terjebak ke dalam kegiatan yang tidak
berfaedah.
Ada juga segelintir golongan belia yang memilih untuk berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Kemahiran dan pendidikan yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Ada yang berhijrah ke kota Johor Bahru dan Kuala Lumpur mengikut peluang pekerjaan yang diperoleh.
ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIADAKAN :
Ada juga segelintir golongan belia yang memilih untuk berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Kemahiran dan pendidikan yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Ada yang berhijrah ke kota Johor Bahru dan Kuala Lumpur mengikut peluang pekerjaan yang diperoleh.
ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIADAKAN :
AKTIVITI KOMPANG ANAK-ANAK MUDA
TARIAN ZAPIN
AKTIVITI AQIKAH DAN KORBAN
Kampung Kita,Wajah Kita
K
ampung Puteri Menangis terletak dalam Mukim Sungai
Pinggan dan berada di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut,
Johor. Ia terletak kira-kira 30 minit pemanduan dari Bandar Pontian dan
10 km dari Pekan Benut. Kampung ini juga mudah untuk ditemui kerana
terletak di jalan utama Benut-Pontian dan terdapat pelbagai kemudahan
pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk sampai ke sini.
Bagi mereka yang pertama kali datang ke Kampung Puteri Menangis, mereka pastinya akan tertarik dengan nama kampung ini yang begitu unik. Bukan sahaja namanya yang unik, malah kehidupan masyarakat di sini juga sangat disenangi oleh masyarakat sekitarnya kerana penuh dengan nilai-nila murni dan tatasusila yang masih terpelihara.
Kebanyakan penduduk kampung bekerja sendiri sebagai petani dan mengusahakan produk hasil kampung. Ini boleh dilihat dengan adanya tanaman kelapa sawit dan nanas di kiri dan kanan jalan d samping terdapat gerai-gerai kecil yang diusahakan penduduk kampung. Kunjungan ke sini pastinya berbaloi lantaran keindahan dan keseronokan yang bakal diperoleh
Bagi mereka yang pertama kali datang ke Kampung Puteri Menangis, mereka pastinya akan tertarik dengan nama kampung ini yang begitu unik. Bukan sahaja namanya yang unik, malah kehidupan masyarakat di sini juga sangat disenangi oleh masyarakat sekitarnya kerana penuh dengan nilai-nila murni dan tatasusila yang masih terpelihara.
Kebanyakan penduduk kampung bekerja sendiri sebagai petani dan mengusahakan produk hasil kampung. Ini boleh dilihat dengan adanya tanaman kelapa sawit dan nanas di kiri dan kanan jalan d samping terdapat gerai-gerai kecil yang diusahakan penduduk kampung. Kunjungan ke sini pastinya berbaloi lantaran keindahan dan keseronokan yang bakal diperoleh
Tuesday, 12 July 2011
Aktiviti Merapatkan Hubungan
Selain itu, mereka juga turut terlibat dengan kelas anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada setiap hari selasa. Aktiviti masakan dan jahitan akan diselang seli mengikut modul yang telah disediakan oleh guru yang bertugas. |
Bersukan Menyihatkan Badan
Sejak terbinanya sebuah gelanggang di Kampung Puteri Menangis, hampir setiap petang ada sahaja anak muda yang akan berkumpul dan berlatih bermain futsal di sini. Selain futsal, ada juga di antara anak muda di kampung ini gemar untuk bermain bola sepak di padang sekolah dan gelanggang takraw yang terletak di dalam kampung. Tidak kira apa juga aktiviti riadah yang dilakukan, yang penting, mereka menjalani kehidupan yang aktif dan tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral dan berfaedah. |
Thursday, 7 July 2011
Kemudahkan Penduduk
Selain kemudahan asas, terdapat juga beberapa kemudahan lain yang disediakan di sini seperti masjid , sekolah rendah, sekolah agama, klinik desa dan perpustakaan. Perpustakaan desa ini dibina untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapat bekalan bahan bacaan ilmiah dan bahan rujukan serta macam-macam lagi seperti kemudahan untuk mengakses Internet. Ia adalah di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan diselia oleh Perpustakaan Awam Negeri Johor. Tidak lupa juga sebuah dewan Homestay yang tersergam indah untuk kegunaan para pelancong yang datang menginap dikampung ini dan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Masyarakat di sini hidup serba sederhana dan bersyukur dengan setiap kemudahan yang telah disediakan untuk mereka. Penjagaan harta awam dan penyelenggaraan secara berkala juga turut dilakukan oleh penduduk kampung untuk memastikan kemudahan yang telah disediakan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. |
Tuesday, 5 July 2011
Program Kenduri Sekampung
PARIT PUTERI MENANGIS - Program Kenduri Sekampung di Dewan Terbuka, Parit Puteri Menangis, Ayer Baloi, mencipta sejarah tersendiri apabila lebih 1,000 tetamu menghadirinya.
Sajian nasi ambeng yang cukup popular dalam kalangan masyarakat setempat menjadi :hidangan utama dengan sebanyak 250 dulang nasi ambeng disediakan.:Program anjuran UMNO Bahagian Pontian ini sempena lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Bahrom.
Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, program berkenaan adalah salah satu pendekatan turun ke padang mendekati masyarakat di luar bandar.
“Lawatan berkenaan juga diadakan bagi :mengenal pasti usaha masyarakat setempat dalam membangunkan ekonomi berasaskan pertanian termasuklah industri kecil dan sederhana (IKS).
“Beberapa pihak telah menyuarakan minat untuk menyertai IKS dan bantuan peruntukkan yang diperlukan bagi keperluan seperti bahan mentah dan melatih golongan berkenaan lebih giat dalam IKS diharap dapat diberikan bantuan sewajarnya oleh :kementerian,” katanya.
Hadir sama, Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Pegawai Tadbir Agama Pontian, Mohd Fauzi Bachok; Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Mohd Jahis Othman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Aminah Abdullah.
Hasni berkata, program sebegini juga sesuai dengan lawatan pemimpin pusat bagi melihat sendiri kehidupan masyarakat desa terutama yang melibatkan diri dengan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan utama.
Menurutnya, beliau turut gembira dengan kerjasama semua pihak yang bergotong-royong menyediakan hidangan istimewa masyarakat keturunan Jawa iaitu nasi ambeng.
“Ini menunjukkan semangat gotong-royong masih kekal dalam :kalangan mereka dan sewajarnya perlu menjadi ikutan kepada generasi muda akan datang,” katanya.
Kerja memasak dijalankan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi dengan dibantu tiga cawangan UMNO, iaitu Cawangan Puteri Menangis, Parit Gantung dan Sri Puteri.
Ketua Wanita UMNO Cawangan Puteri Menangis, Siti Arbaiyah Kabeb, 45, berkata, dia bersama ahli serta kaum ibu yang lain menyahut :cabaran berkenaan biarpun hanya diberitahu dalam tempoh yang singkat.
Menurutnya, dengan semangat gotong-royong yang telah lama menjadi amalan penduduk kampung, semua kerja dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar seperti yang dirancang.
“Kami gembira kerana UMNO Bahagian Pontian memilih kampung ini sebagai lokasi Program Kenduri Sekampung pada tahun ini,” katanya.
Siti Arbaiyah berkata, biasanya, sebanyak 10 hingga 15 hidang nasi ambeng, tetapi kali ini ia memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak memandangkan lebih daripada 200 dulang disediakan.
Sebanyak 100 kilogram (kg) beras; 100 ekor ayam; 30 kelapa bagi membuat serunding; 250 tempe; 200 tauhu dan empat bakul daun ubi untuk membuat ‘urap’, selain tiga ekor kambing serta 130 kg daging lembu bagi menyediakan jamuan berkenaan.
Program berkenaan dimulakan dengan tahlil ringkas dan doa selamat, kemudiannya tetamu menikmati hidangan nasi ambeng beramai-ramai.
Subscribe to:
Comments (Atom)
JKKK KAWASAN 1 OPTIMIS * * * * * *
MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 - Hari ini dalam sejarah Majlis Pen...
-
MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 - Hari ini dalam sejarah Majlis Pen...
-
H omestay atau inap desa adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan...
-
K linik desa merupakan salah satu pusat perubatan yang dibina di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan kesihatan ke...



