K
ampung Puteri Menangis terletak dalam Mukim Sungai
Pinggan dan berada di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut,
Johor. Ia terletak kira-kira 30 minit pemanduan dari Bandar Pontian dan
10 km dari Pekan Benut. Kampung ini juga mudah untuk ditemui kerana
terletak di jalan utama Benut-Pontian dan terdapat pelbagai kemudahan
pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk sampai ke sini.
Bagi mereka yang pertama kali datang ke Kampung Puteri Menangis, mereka
pastinya akan tertarik dengan nama kampung ini yang begitu unik. Bukan
sahaja namanya yang unik, malah kehidupan masyarakat di sini juga sangat
disenangi oleh masyarakat sekitarnya kerana penuh dengan nilai-nila
murni dan tatasusila yang masih terpelihara.
Kebanyakan penduduk kampung bekerja sendiri sebagai petani dan
mengusahakan produk hasil kampung. Ini boleh dilihat dengan adanya
tanaman kelapa sawit dan nanas di kiri dan kanan jalan d samping
terdapat gerai-gerai kecil yang diusahakan penduduk kampung. Kunjungan
ke sini pastinya berbaloi lantaran keindahan dan keseronokan yang bakal
diperoleh
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JKKK KAWASAN 1 OPTIMIS * * * * * *
MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 - Hari ini dalam sejarah Majlis Pen...
-
H omestay atau inap desa adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan...
-
MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 - Hari ini dalam sejarah Majlis Pen...
-
PARIT PUTERI MENANGIS - Program Kenduri Sekampung di Dewan Terbuka, Parit Puteri Menangis, Ayer Baloi, mencipta sejarah tersendiri ...
No comments:
Post a Comment