Tuesday, 5 July 2011

Program Kenduri Sekampung



PARIT PUTERI MENANGIS - Program Kenduri Sekampung di Dewan Terbuka, Parit Puteri Menangis, Ayer Baloi, mencipta sejarah tersendiri apabila lebih 1,000 tetamu menghadirinya.

Sajian nasi ambeng yang cukup popular dalam kalangan masyarakat setempat menjadi :hidangan utama dengan sebanyak 250 dulang nasi ambeng disediakan. 

:Program anjuran UMNO Bahagian Pontian ini sempena lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Bahrom. 

Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, program berkenaan adalah salah satu pendekatan turun ke padang mendekati masyarakat di luar bandar. 

“Lawatan berkenaan juga diadakan bagi :mengenal pasti usaha masyarakat setempat dalam membangunkan ekonomi berasaskan pertanian termasuklah industri kecil dan sederhana (IKS). 

“Beberapa pihak telah menyuarakan minat untuk menyertai IKS dan bantuan peruntukkan yang diperlukan bagi keperluan seperti bahan mentah dan melatih golongan berkenaan lebih giat dalam IKS diharap dapat diberikan bantuan sewajarnya oleh :kementerian,” katanya. 

Hadir sama, Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Pegawai Tadbir Agama Pontian, Mohd Fauzi Bachok; Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Mohd Jahis Othman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Aminah Abdullah. 

Hasni berkata, program sebegini juga sesuai dengan lawatan pemimpin pusat bagi melihat sendiri kehidupan masyarakat desa terutama yang melibatkan diri dengan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan utama. 

Menurutnya, beliau turut gembira dengan kerjasama semua pihak yang bergotong-royong menyediakan hidangan istimewa masyarakat keturunan Jawa iaitu nasi ambeng. 

“Ini menunjukkan semangat gotong-royong masih kekal dalam :kalangan mereka dan sewajarnya perlu menjadi ikutan kepada generasi muda akan datang,” katanya. 

Kerja memasak dijalankan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi dengan dibantu tiga cawangan UMNO, iaitu Cawangan Puteri Menangis, Parit Gantung dan Sri Puteri. 

Ketua Wanita UMNO Cawangan Puteri Menangis, Siti Arbaiyah Kabeb, 45, berkata, dia bersama ahli serta kaum ibu yang lain menyahut :cabaran berkenaan biarpun hanya diberitahu dalam tempoh yang singkat. 

Menurutnya, dengan semangat gotong-royong yang telah lama menjadi amalan penduduk kampung, semua kerja dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar seperti yang dirancang. 

“Kami gembira kerana UMNO Bahagian Pontian memilih kampung ini sebagai lokasi Program Kenduri Sekampung pada tahun ini,” katanya. 

Siti Arbaiyah berkata, biasanya, sebanyak 10 hingga 15 hidang nasi ambeng, tetapi kali ini ia memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak memandangkan lebih daripada 200 dulang disediakan. 

Sebanyak 100 kilogram (kg) beras; 100 ekor ayam; 30 kelapa bagi membuat serunding; 250 tempe; 200 tauhu dan empat bakul daun ubi untuk membuat ‘urap’, selain tiga ekor kambing serta 130 kg daging lembu bagi menyediakan jamuan berkenaan. 

Program berkenaan dimulakan dengan tahlil ringkas dan doa selamat, kemudiannya tetamu menikmati hidangan nasi ambeng beramai-ramai.





No comments:

Post a Comment

JKKK KAWASAN 1 OPTIMIS * * * * * *

MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN                                  PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 -  Hari ini dalam sejarah Majlis Pen...