Selain kemudahan asas, terdapat juga beberapa kemudahan lain yang disediakan di sini seperti masjid , sekolah rendah, sekolah agama, klinik desa dan perpustakaan. Perpustakaan desa ini dibina untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapat bekalan bahan bacaan ilmiah dan bahan rujukan serta macam-macam lagi seperti kemudahan untuk mengakses Internet. Ia adalah di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan diselia oleh Perpustakaan Awam Negeri Johor. Tidak lupa juga sebuah dewan Homestay yang tersergam indah untuk kegunaan para pelancong yang datang menginap dikampung ini dan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan. Masyarakat di sini hidup serba sederhana dan bersyukur dengan setiap kemudahan yang telah disediakan untuk mereka. Penjagaan harta awam dan penyelenggaraan secara berkala juga turut dilakukan oleh penduduk kampung untuk memastikan kemudahan yang telah disediakan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. |
Thursday, 7 July 2011
Kemudahkan Penduduk
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
JKKK KAWASAN 1 OPTIMIS * * * * * *
MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 - Hari ini dalam sejarah Majlis Pen...
-
H omestay atau inap desa adalah satu bentuk kemudahan tempat tinggal di mana pelancong akan dapat tinggal bersama keluarga tuan...
-
MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 - Hari ini dalam sejarah Majlis Pen...
-
K linik desa merupakan salah satu pusat perubatan yang dibina di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan kesihatan ke...
No comments:
Post a Comment