Tuesday, 12 July 2011

Aktiviti Merapatkan Hubungan



P
englibatan golongan wanita dalam pelbagai aktiviti berbentuk kemasyarakatan seperti kelas agama, kelas masakan dan kelas jahitan banyak membantu dalam merapatkan hubungan di antara mereka. Lazimnya, mereka akan berkumpul di masjid untuk kelas agama dan bacaan Yasin pada waktu petang, setiap hari Jumaat. kaum ibu akan berkumpul sama ada di surau-surau ataupun masjid untuk bersama-sama menunaikan solat - solat sunat dan sedikit tazkirah oleh ustazah.

Selain itu, mereka juga turut terlibat dengan kelas anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) pada setiap hari selasa. Aktiviti masakan dan jahitan akan diselang seli mengikut modul yang telah disediakan oleh guru yang bertugas. 

Bersukan Menyihatkan Badan

F
utsal merupakan salah satu permainan yang semakin mendapat tempat di hati anak-anak muda di Malaysia. Permainan ini menyamai permainan bola sepak namun apa yang membezakannya ialah pemain adalah di dalam bilangan yang kecil, kira-kira lima orang dalam satu pasukan dan ia dimainkan di gelanggang simen atau padang yang lebih kecil daripada saiz padang bola biasa.

Sejak terbinanya sebuah gelanggang  di Kampung Puteri Menangis, hampir setiap petang ada sahaja anak muda yang akan berkumpul dan berlatih bermain futsal di sini. Selain futsal, ada juga di antara anak muda di kampung ini gemar untuk bermain bola sepak di padang sekolah dan gelanggang takraw yang terletak di dalam kampung. Tidak kira apa juga aktiviti riadah yang dilakukan, yang penting, mereka menjalani kehidupan yang aktif dan tidak terjebak dengan aktiviti yang tidak bermoral dan berfaedah.








Thursday, 7 July 2011

Kemudahkan Penduduk



D
ari aspek kemudahan asas di Kampung Puteri Menangis, ia boleh dikatakan serba lengkap dan memberi keselesaan kepada setiap penduduk. Mereka bukan sahaja boleh menikmati kemudahan bekalan air bersih, malah bekalan elektrik dan talian telefon juga agak lengkap di sini. Jalan raya yang berturap hampir ke segenap kawasan kampung juga memudahkan kenderaan ringan dan berat serta motosikal untuk sampai ke kampung ini. Pihak kerajaan sentiasa prihatin dengan masalah penduduk di kawasan luar bandar dan sentiasa memastikan mereka tidak keciciran dan turut mendapat kemudahan yang sama rata.

Selain kemudahan asas, terdapat juga beberapa kemudahan lain yang disediakan di sini seperti masjid , sekolah rendah, sekolah agama, klinik desa dan perpustakaan. Perpustakaan desa ini dibina untuk memberi kemudahan kepada penduduk kampung untuk mendapat bekalan bahan bacaan ilmiah dan bahan rujukan serta macam-macam lagi seperti kemudahan untuk mengakses Internet. Ia adalah di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan diselia oleh Perpustakaan Awam Negeri Johor. Tidak lupa juga sebuah dewan Homestay yang tersergam indah untuk kegunaan para pelancong yang datang menginap dikampung ini dan digunakan untuk aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Masyarakat di sini hidup serba sederhana dan bersyukur dengan setiap kemudahan yang telah disediakan untuk mereka. Penjagaan harta awam dan penyelenggaraan secara berkala juga turut dilakukan oleh penduduk kampung untuk memastikan kemudahan yang telah disediakan sentiasa berada dalam keadaan yang baik. 

Tuesday, 5 July 2011

Program Kenduri Sekampung



PARIT PUTERI MENANGIS - Program Kenduri Sekampung di Dewan Terbuka, Parit Puteri Menangis, Ayer Baloi, mencipta sejarah tersendiri apabila lebih 1,000 tetamu menghadirinya.

Sajian nasi ambeng yang cukup popular dalam kalangan masyarakat setempat menjadi :hidangan utama dengan sebanyak 250 dulang nasi ambeng disediakan. 

:Program anjuran UMNO Bahagian Pontian ini sempena lawatan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Johari Bahrom. 

Ketua UMNO Bahagian Pontian, Datuk Ir Hasni Mohammad berkata, program berkenaan adalah salah satu pendekatan turun ke padang mendekati masyarakat di luar bandar. 

“Lawatan berkenaan juga diadakan bagi :mengenal pasti usaha masyarakat setempat dalam membangunkan ekonomi berasaskan pertanian termasuklah industri kecil dan sederhana (IKS). 

“Beberapa pihak telah menyuarakan minat untuk menyertai IKS dan bantuan peruntukkan yang diperlukan bagi keperluan seperti bahan mentah dan melatih golongan berkenaan lebih giat dalam IKS diharap dapat diberikan bantuan sewajarnya oleh :kementerian,” katanya. 

Hadir sama, Pegawai Daerah Pontian, Muji Salimon; Pegawai Tadbir Agama Pontian, Mohd Fauzi Bachok; Naib Ketua UMNO Bahagian Pontian, Mohd Jahis Othman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian, Aminah Abdullah. 

Hasni berkata, program sebegini juga sesuai dengan lawatan pemimpin pusat bagi melihat sendiri kehidupan masyarakat desa terutama yang melibatkan diri dengan aktiviti pertanian sebagai sumber pendapatan utama. 

Menurutnya, beliau turut gembira dengan kerjasama semua pihak yang bergotong-royong menyediakan hidangan istimewa masyarakat keturunan Jawa iaitu nasi ambeng. 

“Ini menunjukkan semangat gotong-royong masih kekal dalam :kalangan mereka dan sewajarnya perlu menjadi ikutan kepada generasi muda akan datang,” katanya. 

Kerja memasak dijalankan Ahli Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kawasan (1) Mukim Ayer Baloi dengan dibantu tiga cawangan UMNO, iaitu Cawangan Puteri Menangis, Parit Gantung dan Sri Puteri. 

Ketua Wanita UMNO Cawangan Puteri Menangis, Siti Arbaiyah Kabeb, 45, berkata, dia bersama ahli serta kaum ibu yang lain menyahut :cabaran berkenaan biarpun hanya diberitahu dalam tempoh yang singkat. 

Menurutnya, dengan semangat gotong-royong yang telah lama menjadi amalan penduduk kampung, semua kerja dapat dilaksanakan dengan baik dan berjalan lancar seperti yang dirancang. 

“Kami gembira kerana UMNO Bahagian Pontian memilih kampung ini sebagai lokasi Program Kenduri Sekampung pada tahun ini,” katanya. 

Siti Arbaiyah berkata, biasanya, sebanyak 10 hingga 15 hidang nasi ambeng, tetapi kali ini ia memerlukan sokongan dan kerjasama semua pihak memandangkan lebih daripada 200 dulang disediakan. 

Sebanyak 100 kilogram (kg) beras; 100 ekor ayam; 30 kelapa bagi membuat serunding; 250 tempe; 200 tauhu dan empat bakul daun ubi untuk membuat ‘urap’, selain tiga ekor kambing serta 130 kg daging lembu bagi menyediakan jamuan berkenaan. 

Program berkenaan dimulakan dengan tahlil ringkas dan doa selamat, kemudiannya tetamu menikmati hidangan nasi ambeng beramai-ramai.





JKKK KAWASAN 1 OPTIMIS * * * * * *

MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN                                  PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 -  Hari ini dalam sejarah Majlis Pen...