Thursday, 12 June 2014

Selamat Sentiasa

M
elihat dari aspek keselamatan, ia sentiasa berada di bawah tanggungjawab Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bagi penduduk di Kampung Puteri Menangis, keselamatan mereka adalah di bawah seliaan Balai Polis Benut. Kedudukan balai ini adalah kira-kira 10 km dari kawasan kampung. Oleh sebab kedudukannya yang berdekatan dan penduduk sentiasa memberi kerjasama yang baik dengan pihak polis, kes jenayah dan keselamatan penduduk masih lagi di peringkat yang terkawal.

Selain pihak polis, penduduk juga turut bergiat aktif dalam Pertubuhan Ikatan Relawan Rakyat atau lebih popular dengan nama RELA. Mempunyai anggota seramai 33 orang, ahli RELA di sini bukan sahaja bertindak sebagai agen keselamatan penduduk, malah turut bergiat aktif dalam aktiviti kemasyarakatan. Jika diadakan sebarang majlis perkahwinan dan majlis rasmi, mereka akan sama-sama turun padang untuk bergotong royong dan membantu mengawal lalu lintas.

Mereka juga sentiasa mengadakan mesyuarat di rumah ketua platun RELA, Ngateman Kastam untuk membincangkan cara terbaik untuk meningkatkan kawalan dan keselamatan masyarakat setempat. Rondaan secara berperingkat dan berkala dijangka dapat membantu mengurangkan kadar jenayah di sini. 

Pendidikan Asas Kehidupan

S
ekolah Kebangsaan Seri Senang Hati merupakan institusi pendidikan yang terdapat di Kampung Puteri Menangis. Ia merupakan sekolah satu sesi di sebelah pagi dan memberi kemudahan pendidikan untuk kanak-kanak dari umur 7 hingga 12 tahun. Bukan sahaja pelajar dari kalangan anak-anak kampung, malah terdapat juga anak-anak dari kampung sebelah yang turut menuntut ilmu di sini.

Selain itu, kampung ini turut mempunyai sekolah agama untuk pendidikan ilmu agama dan akhirat kepada anak-anak kampung. Biasanya selepas anak-anak ini tamat sesi persekolahan pada sebelah petang, mereka akan belajar mengaji di surau kampung. Pendidikan tidak formal ini adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak kecil tentang kepentingan mempelajari ilmu akhirat untuk kesenangan mereka di masa hadapan. Terdapat seorang ustazah yang akan mengajar kira-kira 10 hingga 15 orang murid dalam satu-satu masa

Disamping itu,bagi kanak-kanak yang berusia 4 hinga 5 tahun bersekolah di TABIKA Kemas Kampung parit Puteri Menangis.bagi pelajar yang berusia 6 tahun mereka bersekolah di Pra-sekolah Seri Senang Hati dan pada sebelah petang merreka akan belajar tentang ilmu agama di TAJ Sekolah Agama Seri Senang hati

Kesihatan Sentiasa Terjaga


K
linik desa merupakan salah satu pusat perubatan yang dibina di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia untuk rawatan kesihatan kepada penduduk di kawasan luar bandar dan pedalaman. Biasanya, klinik desa akan menawarkan perkhidmatan kesihatan ibu mengandung, kanak-kanak dan rawatan ringan. Klinik Desa Puteri Menangis terletak berdekatan dengan pintu masuk ke Kampung Puteri Menangis dan menjadi pusat rawatan kesihatan setempat penduduk kampung sejak dulu lagi.

Selain mempunyai jururawat masyarakat yang cekap dan peramah, mereka juga turut memberikan rawatan yang cepat dan jika terdapat sebarang kes yang memerlukan rawatan lanjut, pesakit akan dirujuk ke Hospital Pontian yang terletak kira-kira 30 minit pemanduan dari kampung.

Namun, ada juga yang memilih untuk mendapatkan rawatan secara tradisional seperti urutan patah dan sebagainya. Bayaran yang dikenakan adalah mengikut seikhlas hati pelanggan kerana tukang urut tidak mengenakan sebarang bayaran yang tertentu di atas perkhidmatan yang dilakukannya. 

AKTIVITI ANAK MUDA

B elia di Kampung Puteri Menangis biasanya terlibat dalam aktiviti di dalam kampung seperti gotong royong ketika majlis perkahwinan, bermain kompang dan beriadah pada waktu petang. Jika ada kelapangan, mereka juga akan bermain bola sepak di padang bola atau bermain futsal di gelanggang futsal yang terletak berhampiran dengan surau kampung. Secara tidak langsung, penglibatan belia di dalam aktiviti sukan ini boleh mengelakkan mereka daripada terjebak ke dalam kegiatan yang tidak berfaedah.

Ada juga segelintir golongan belia yang memilih untuk berhijrah ke bandar untuk mencari rezeki. Kemahiran dan pendidikan yang dimiliki digunakan sepenuhnya untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Ada yang berhijrah ke kota Johor Bahru dan Kuala Lumpur mengikut peluang pekerjaan yang diperoleh.

ANTARA AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIADAKAN :


 AKTIVITI KOMPANG ANAK-ANAK MUDA


TARIAN ZAPIN 
KUMPULAN NASYID


 AKTIVITI AQIKAH DAN KORBAN













Kampung Kita,Wajah Kita

K ampung Puteri Menangis terletak dalam Mukim Sungai Pinggan dan berada di bawah kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Benut, Johor. Ia terletak kira-kira 30 minit pemanduan dari Bandar Pontian dan 10 km dari Pekan Benut. Kampung ini juga mudah untuk ditemui kerana terletak di jalan utama Benut-Pontian dan terdapat pelbagai kemudahan pengangkutan awam seperti bas dan teksi untuk sampai ke sini.

Bagi mereka yang pertama kali datang ke Kampung Puteri Menangis, mereka pastinya akan tertarik dengan nama kampung ini yang begitu unik. Bukan sahaja namanya yang unik, malah kehidupan masyarakat di sini juga sangat disenangi oleh masyarakat sekitarnya kerana penuh dengan nilai-nila murni dan tatasusila yang masih terpelihara.

Kebanyakan penduduk kampung bekerja sendiri sebagai petani dan mengusahakan produk hasil kampung. Ini boleh dilihat dengan adanya tanaman kelapa sawit dan nanas di kiri dan kanan jalan d samping terdapat gerai-gerai kecil yang diusahakan penduduk kampung. Kunjungan ke sini pastinya berbaloi lantaran keindahan dan keseronokan yang bakal diperoleh

JKKK KAWASAN 1 OPTIMIS * * * * * *

MAJIS PENILAIAN DAN PEMBANTANGAN                                  PUTERI MENANGIS ,19 Jun 2014 -  Hari ini dalam sejarah Majlis Pen...